Sunday 26 May 2013

Berhari-hari Sebelum Pendaftaran

       Macam mane aku nak cakap ni.. Selamat datang.. Selamat membaca.. Yes, Selamat Hari Jadi kat abah aku.. Haha. Takde2. Aku sekarang ni nak cerita kat korang pasal moment bila dah dekat masuk matriks. Memang huru hara giler meraban. Tapi aku ni bukannye ade banyak cerita pon. Just nak bercerita ajelah.. Sebabnya aku dah naek bosan menunggu nak sambung belajar ni. Hari2 kerja aku menyakitkan hati kawan baek aku, Acap yang sibuk bekerja jadi drebar mak dia. Aku cakap macam ni bukan sebab aku ni perasan yang aku ni rajin ke ape.. Tapi sebab bila dah fikir2 balik 10, 20 kali, (maklumlah aku ni duduk rumah je mengadap laptop..) barulah aku akhirnya dapat gak decide mana aku nak pergi.. Sebenarnye memang aku ni dah ditakdirkan untuk menjadi ahli KMNS ( Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) di mana aku sedang dan mungkin dah habes belajar dah pon time korang tengah baca ni. Sebabnya aku cakap aku dah ditakdirkan masuk KMNS, adalah kerana UPU aku entah ape2 keputusannya.

       Masa tarikh keluar keputusan UPU tu, aku bangun pukul 8.00, siap2 mandi sampai pukul 8.30, pakai baju semua, turun bawah, terus je aku macam bangang mengadap laptop bukak laman web UPU n macam yang korang sedia maklum, facebook pon aku bukak lah.. Tanye orang ni, orang tu, dah keluar ke keputusan UPU.. Bila dah keluar keputusan aku dengan penuh semangatnya taip lah no ic, dan sebagainya, last2 ni yang ditulisnya, Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014. Dalam hati aku cakap, mungkin salah taip kot no ic.. So, aku pon tekan lah balik no ic n selainnya.. Keluar jugak benda yang sama. Tak puas hati lagi, aku isi lagi no ic.. sampailah hati aku reda dengan keputusan tu.. Agaknya lebih 100 kali kot aku cek balik keputusan UPU tu.. Tapi apa aku boleh buat.. Ni aku nak cakap sikit kat korang, jangan menaruh harapan sangat lah kat UPU asasi macam aku ni haa.. Kalo korang straight A laen cite dy.. maksud aku tak payah lah korang sibuk2 nk baca blog UPU aku yang tak seberapa ni.. Aku SPM 8A je kot.. UPU asasi bukan untuk orang macam aku.. So, aku nk cakap kat korang yang dapat 8A dan kurang sikit, jangan nak menggatal mohon UPU asasi sains dan sebagainya.. Nanti sendiri menyesal.. Pilih mane yang korang layak 100% kat pilihan pertama taw. Jangan jadi macam aku, pilihan pertama dan kedua, asasi yang aku x layak satu subjek which is Add Maut, yang aku pi tarok. Bodoh sombong aku ni.


       Okeh.. habes dah cerita pasal UPU. Aku nak cakap, aku ni walaupun keputusan SPM 8A Add Maut C n Fizik B, Aku dapat satu je tawaran sambung belajar..Bukan nak berlagak cerita pasal SPM ni segala. Aku nak cakap kat korang walaupun SPM korang gempak2 giler, jangan nk perasan n berlagak la macam korang kompem dapat tempat baek2 nak sambung belajar. Allah ni banyak plan Dia untuk kita. SPM Dia bagi gempak kat korang. Tawaran sambung belajar entah ape2 ko dapat. So, ucap alhamdulillah bila dapat berita yang baik2, okeh? Macam aku naseb baek iman aku cukup kuat walaupun sembahyang cap taik ayam kadang2, dapat jugak terima qada' dan qadar hidup aku. Okeh, setakat ni aku rasa ape aku tulis ni kira ok lah, brbanding ape yang aku tulis dalam esei BM.. haha.
      Sekarang aku cerita pulak kat korang ape aku buat bila dah dekat2 pendaftaran masuk Matriks. Macam biasa lah, abah aku yang melebih shopping dan bercerita. Masa kakak n abang aku, dia jugak yang over. Habis brbagai barang dia beli. Cerita kat orang ni orang tu. Mulut mengalahkan perempuan kadang2. Macam aku, aku ni kuat makan, so, Maggi 2 paket 5 in 1 perisa ayam n tom yam, Oreo 4 bungkus, Biskut coklat sebungkus besar, air botol besar giler2, air kotak coklat Dutch Lady favourite aku 2 paket, n banyak lagi semua dah dibungkus dalam beg kecik.. Overload siot beg tu.. Meh sini aku tunjuk macam mane rupe overload tu..
       Ni baru makanan je.. Belum tunjuk lagi beg, baju, baldi, macam2 lagilah.. Gambar pon tak larat nak amek banyak2. Macam mak aku cakap dalam bahasa Perak dia, Merenyang aku. Haha. Takpe2. ni aku tunjuk kat korang beg2 baru aku dan macam2 lagi barang2 baru.. Haha. Tapi baju x nak la tunjuk..
       Nampak sikit.. Tapi bnyak sebenarnye.. Sebab aku ni jenis yang suka pek barang2, padat2 kan dalam beg, so, banyak barang semua dah pek lah.. Haha.. Tah ape tabiat ntah. Lepas tu longgok merata-rata macam yang korang tengok kat gambar atas ni. Ade yang longgok kat ruang tamu, untuk menyambut tetamu yang tak diundang. Ade longgok kat dapur, kebanyakkan makanan untuk perut aku lah.. Kat bilik tido ade.. Kat bilik sembahyang, bilik stor, nak senang satu rumah ade.. haha. Tu air coklat dalam gambar bukannya untuk aku bawak kat sana.. Tu untuk minum kat rumah.. Yang untuk bawak ade kat luar peti ais.. Haha. Perangai abah aku yang pantang ade diskaun promosi bagai.. Sama je ngan mak aku..
       Bagi korang yang sakit kepala tak taw ape nak beli untuk persiapan ke Matrikulasi, meh sini aku list semua barang2 yang wajib dan yang tak wajib korang BELI. Bawak lain cerita.















Baju kemeja lengan panjang (warna gelap) - 4 helai
Seluar Slacks lembut (warna gelap) - 2 helai
Slacks jeans yang biasa orang pakai (hitam) - 1 helai. Kalo ade kat rumah, bawak sekali.
Seluar jeans boleh bwak. At most sehelai sebab pencuri suke target jeans
Seluar Tracks - 3 helai (bawak 5 atau 6 helai sbab kat rumah dah ade sikit kan?)
Baju T-shirt berkolar - 2 helai (bawak 3-5 helai trmasuk yang kain lembut 2 helai kat sana)
Baju T-shirt xde kolar - beli sesuke aty ko. (at least 2 n bwak kat sana 4 helai kot buat baju tido)
Singlet 2-4 helai.
Tali leher sehelai. Kalau nak bergaya 2-3 helai. Cukup sehelai je yang ade zip.
1 Baldi saiz paling besar ko boleh jumpa
1 baldi saiz kecik yang muat shampoo, sabun n sbagainya
1 beg untuk ke kelas
Laptop x pyah cakap la kot..
1 water heater jenama paling murah, PENTEC
1 Beg besar beroda macam aku punye (untuk yang berkemampuan)
1 cermin kecik
Tuala 2 helai
1 Bantal yang padat cotton. Jangan malu nk bawak bantal lain..
Cadar katil dan bantal at least 1 set. Elok 2. Tapi beli bila murah je taw yang kedua tu.
Sepasang baju sembahyang, lelaki perempuan masing2 tahu..
Selipar 1 pasang. 2 pon bole..
Kasut kulit harga mahal nk mampos sepasang. Elok lelaki beli jenama Lee. Nak murah beli PVC punye..
Kasut sukan sepasang
3-5 pasang stokin yang biasa2 warna gelap matching kasut, seluar.
Tong sampah with plastics
Hanger baju at least 15 batang. Elok 25 kot macam aku.
1 botol Shampoo saiz sederhana
1 botol sabun mandi paling besar (seriously, korang mesti kaya ade internet kat rumah..)
1 botol sabun basuh baju. Serbuk boleh kot. Aku liquid punye. Tanye mak mane yg elok pakai.
1 botol pewangi Febreeze (mmg cukup2 mmbantu. Katil, kasut, semua boleh)
1 Deodorant untuk ketiak karat korang. Elok lelaki beli spray jenama Playboy mcm aku.
Tudung 2-3 helai untuk she.. 5 paling maximum.
Ni cover sikit. Seluar dalam ehem, 8-10 helai memadai.. Perempuan lebihkan sikit.
1 Pinggan dan mangkuk plastic yang murah mcm kat kedai
1 cawan besi yang luar dia plastic kalo jumpe. Aku jumpe je..
1 Tali pinggang
1 pasang songkok untuk lelaki
1 botol spray nyamuk
1 set untuk sidai baju. Macam aku yang stand beroda punye. Bukan gantung kat siling tu..
1 botol pencuci muka

Makanan
2-3 bungkus maggi yang korang larat makan. Aku tak larat makan kari
3-5 paket biskut. x kesah biskut ape. Aku prefer Oreo n Lexus.
1 Botol air mineral saiz besar yang larat angkat
Air kotak pon boleh
Kordial untuk minum air yg sedap2. Aku prefer Ribena Apple. Sedap!
Lagi korang pikir sendiri. Aku maen beli je makanan yang aku suka.



       Okeh. Korang beli je ape yang aku dah list. Elok semuanya sekali. Baru rasa selesa kat sana nanti.. mane yang mahal2 tu, harap korang jangan marah lah. Abah aku ni memang perangai dia macam tu. Aku mintak yang murah2 dia nak aku amek yg mahal2. Seriously aku mmg nk beli murah2 je. Exluding kasut kulit. Nak beli kasut kulit, sedia duit paling minimum RM 180. Aku punye kasut kulit harga RM 250 je.. Hahaha!

Nampaknye dah penat dah aku mengarang blog bodoh ni.. Bau ketiak aku pon dah mcm bukan dari ketiak aku dah.. Bangla kat Econsave tadi kot.. Anyway, aku nk letak lg gmbar2 yang plbagai rupa untuk aku dan korang tatap dalam blog ni. K. Bye. Cop! Lagi 1, nk tnya ape2 kat aku, bukak facebook lg bagos.. Nama aku kat Facebook Muhd Shahbiq Mohd Sofian. Budak pling sakai kat dunia. Haha!


 Kulit binatang yang akan menghiasi kaki aku yang berkarat.. Haha! Tngok stokin ade 5 pasang..
 Akhirnya kena tunjuk gak baju2 yang dah siap pek.. Ni over overloaded! Putik kapas stock setahun!
 Baju2 aku yang baru dan yang lama. Kemeja je bnyak ni. Kat belakang tu rama2 penghias bilik tido aku.
 Laptop touchscreen aku.. Jenama Acer je.. Tapi aku sayang betul ngan laptop nie.. My Baby!
Tengok. Tengok. Hanger bnyak tu x cukup taw.. Beli bnyak lagi!

Seriously, aku mmg x pndai nk buat blog yg gempak2. Masuk yg ni, bru 3 blog je aku prnah create. Haha! Anyway, korang enjoylah kat Matrikulasi tu, x kira kat mane korang dicampak. Maksud aku bukan enjoy mcm biasa2, enjoy blaja ngan kawan2 baru.. Rindu kawan2 lama aku.. Huhu.. Sedih.. Gud luck kat korang kawan2 n adik2 aku yg dapat masuk matriks. Untuk ahli baru KMNS, WELCOME TO THE FAMILY!